TOKOH MALAYSIA KETURUNAN ACEH

  • 0
Ramai rakyat Malaysia yang berketurunan Aceh yang giat di dalam kerajaan, swasta, politik, pentadbiran, keusahawanan, kesusasteraan dan kebudayaan, yang terkenal di Malaysia walaupun keturunan Acehnya tidak diketahui orang ramai.
Antara yang bergelar Tan Sri umpamanya, yang diketahui umum sebagai berketurunan Aceh ialah Tan Sri P. Ramlee (Ramli Nyak Puteh). Tetapi banyak yang lain yang bergelar Tan Sri juga berketurunan Aceh. Di bidang politik dan pentadbiran ada Tan Sri Hanafiah Hussain dan Tan Sri Ramli Ngah Talib; di bidang pentadbiran kerajaan dan pengurusan ada Tan Sri Amin Osman bekas Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Ani Arope bekas Pengerusi Tenaga Nasional Berhad, Tan Sri Elias Omar dan Tan Sri Kamarulzaman Sheriff, keduanya bekas Datuk Bandar Kuala Lumpur; di bidang swasta dan keusahawanan ada Tan Sri Nazmi Wahab dalam dunia otomobil; selain P. Ramlee ada dua lagi seniman berketurunan Aceh iaitu Tan Sri S. M. Salim dan Tan Sri Jins Shamsuddin; di bidang sastera dan kebudayaan kita dapati Tan Sri Pendita Professor Ismail Husin.

Antara Dato' yang terkenal, yang berketurunan Aceh, ialah Dato' Abdullah Husin Sasterawan Negara; Dato' Kasim Maon sebagai Melayu yang pertama berkelulusan dari Taiwan National University setelah belajar di Chung Ling High School, Penang; Dato' Tengku Adnan Mansur, Setiausaha Agung UMNO; Dato' Badaruddin Amiruldin, Pengerusi Tetap UMNO Malaysia; Datuk Feisol Haji Hassan bekas pegawai PTD, bekas Pengerusi Rakyat First Merchant Bank dan kini Pengerusi Pertubuhan Komanwel Di Raja Cawangan Malaysia; Dato' Ridzuan Halim bekas Ketua Pengarah MARA; Dato' Annuar Jaafar bekas Ketua Eksekutif Bank Rakyat; dan Dato' Dr. Abdullah Hasbi Haji Hassan seorang jurutera bijih dan Fellow Massachussetts Institure of Technology. Sebelum ke MIT Dato' Hasbi digelar the "Golden Boy of Camborne School of Mines, Cornwall, England" kerana berjaya menjadi pelajar terbaik.


Catatan:

Tan Sri Sanusi Junid sendiri juga merupakan tokoh Malaysia keturunan Aceh. Beliau pernah menjawat sebagai Setiausaha Agung UMNO (1984-1988), Naib Presiden UMNO (1990-1993), Ahli Parlimen dari Negeri Kedah (1995-2004), Timbalan Menteri (1978-1981, Menteri Kabinet (1981-1995), Menteri Besar Kedah (1996-1999) dan Presiden Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (2000-2008).

No comments:

Post a Comment